Thursday, 4 February 2010

PROGRAM EVOLUSI DIRI "CAYOK" PART 1


Apabila kamu ingin meminta hendaklah meminta kepada Allah dan apabila kamu inginkan pertolongan, hendaklah memohon pertolongan itu dengan Allah.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya gak dpt sekolah. punya la susah nak dpt sekolah sblm nie nk bt program.ana brsama dgn 9 org lg shbt2 ana brsusah payah tuk mncari sekolah bg melaksanakan tugasan brkumpulan bg kursus pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.kini ana sgt brsyukur krn Allah telah memprmudahkan urusan ana wa shbt2 ana. InsyaAllah, esk ana gan shbt2 akan brkampung selama 3 hari di sekolah tersebut. sekolah tersebut ialah Sekolah Agama Menengah Tinggi, Kuala Kubu Bharu. Selangor. Ana tak penah bt progrm atau join progrm kat sekolah agama. ana kan sekolah menengah biasa ja cuma prsonaliti ana ja mcm sekolah agama. mesti ramai yg trtanya apa tu " cayok" kan, progrm apa yg bakal ana wa shbt2 ana nk laksanakan di sana kan..... klau nk tahu nantikn sambungkanny nanti. Ana mnghrapkan agar progrm ini akan brjalan gan lancar tanpa ada sebarang masalah. InsyaAllah, tuk program trsebut ana akan handle modul pengurusan masa. ana nak bt yg trbaik. ana nk try jd kaunselor satria sebagaimana pensyarah ana iaitu En. Aziz Yatim bgtau. Alhamdulillah, bnyk input brguna ana prolehi sms mngikuti TOT dulu. K la tu smbungnya nnti................

Tuesday, 2 February 2010

Segalanya milikmu.....


Kecewa, sedih, gembira, tenang, muram, gelisah, takut adalah perasaan yang pastinya akan dialami oleh setiap manusia. perasaan-perasaan ini adalah lumrah kehidupan kita. kadang-kadang kita sedih, kadang-kadang kita gembira.apabila Allah menguji kita dengan ujian dan dugaan barulah kita akan merasai inilah asam garam hidup didunia. barulah kita akan mengabdikan diri kepada Allah. pada saat inilah kita merasakan Allah sajalah segala-galanya dalam hidup kita. hanya Allah saja yang memahami kita. hanya Allah saja tempat kita mengadu. hanya Allah saja teman hidup kita suka dan duka. Apabila kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dikala suka atau duka, barulah kita akan merasai bahawa Allah saja adalah segala-galanya bagi kita. Hidup kita tidak akan bermakna kalau Allah kita lupakan. Hidup kita tidak tentu arah kalau Allah tidak dijadikan matlamat hidup kita. Andai kita kecewa, andai kita sedih, andai kita gembira, andai kita takut, Allah saja teman hidup kita. kita akan merasai kesunyian dan kehilangan andai Allah, kita tidak ingati. Marilah kita kembali kepada Allah dengan mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala larangan.Semoga kita suma akan menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.Amin.

Tuesday, 26 January 2010

JIKA AKU.........



sekiranya kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia cinta cinta kepada kita,
jika kita cinta kepada ALLAH,
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya,
sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang kita cintai
tetapi sekiranya kita cinta pada ALLAH
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada ALLAH jua

Ya ALLAH
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-MU kepadaku
maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-MU
dan campakkanlah dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-MU
namun andai dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh-MU kepadaku,
berikan ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang KAU beri padaku

Ya ALLAH,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-MU,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-MU

Ya MUHAIMIN,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-MU

Ya RABBANA,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada-MU

Ya RABBUL IZZATI,
jika aku rindu,
jagalah rinduku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU

Ya ALLAH,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku dari merindui syurga-MU

Ya ALLAH,
jika aku menikmati cinta kekasih-MU
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikamatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhir-MU

Ya ALLAH,
jika aku jatuh hati kepada kekasih-MU,
janganlah biarkan aku tertatih dan jatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada-MU

Ya ALLAH,
jika kau halalkanku merindui kekasih-MU
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku dari cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-MU.

Monday, 25 January 2010

Kau sahabat kau teman


Hijjaz (Munif Ahmad)

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Monday, 18 January 2010


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman
para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak
permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan
kekebalannya dalam ilmu serta
pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
I tupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu
duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

.......WANITA SOLEHAH.....


Rasullullah s.a.w bersabda:
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
adalah wanita solehah. (hari. Muslim)



Ciri khas seorang wanita solehah adalah kemampuannya menjaga pandangannya. Ciri lainnya, dia sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Solekannya hanya sekadar basuhan air wuduk. Gincunya adalah dengan memperbanyak zikir kepada Allah walau di mana berada. Celak matanya adalah memperbanyak bacaan al-Quran. Jika seorang muslimah menghiasi dirinya dengan perilaku taqwa, pasti akan terpancar cahaya keimanan dari dalam dirinya.





Beberapa perkara perlu ada pada seorang wanita
solehah:



1 IMAN..wanita solehah amat menjaga imannya. Iman
merupakan kekayaan milik mereka yang paling mahal.
Justeru wanita solehah akan sentiasa berhati-hati dan
menjaga percakapannya. Wanita solehah menjaga tutur
kata keranan tutur kata merpakan untaian intan yang
penuh bermakna dan bermutu tinggi. Dia sentiasa sedar
bahawa kemuliaannya bersumberkan kemampuannya menjaga
diri.



2 MURAH DENGAN SENYUMAN…wanita solehah murah dengan
senyuman kerana senyuman itu sendiri adalah sedekah.
Namun, senyum yang disedekahkan bersesuaian dengan
tujuan. Bukan senyum pada semua lelaki yang
ditemuinya. Apa yang pasti, senyumannya adalah senyum
ibadah yang ikhlas dan tidak menimbulkan fitnah bagi
orang lain.



3 BIJAK DALAM PERGAULAN… wanita solehah juga harus
pintar dalam pergaulan walau dengan sesiapapun. Dengan
pergaulannya itu ilmunya akan bertambah, sebab dia
akan selalu mengambil hikmah dari orang-orang yang dia
temui. Kedekatannya kepada Allah semakin baik sehingga
hal itu membuahkan kebaikan pada dirinya mahupun orang
lain.



4 MENJAGA AKHLAKNYA… wanita solehah akan sentiasa
menjaga akhlaknya. Salah satu ciri kekuatan imannya
adalah kemampuannya memelihara rasa malu. Dengan
adanya rasa malu, segala tutur kata dan
tindak-tanduknya akan selalu terkawal. Demikian, dia
juga tidak akan berbuat sesuatu yang menyimpang dari
tuntutan Al Quran dan As Sunnah. Dan tentu sahaja
godaan syaitan terhadap dirinya begitu kuat. Jika dia
tidak mampu melawan godaan tersebut, maka kualiti
imannya boleh berkurangan. Hakikatnya, semakin kurang
iman seseorang, maka makin kurang rasa malunya.
Semakin kurang malunya, semakin buruk kualiti
akhlaknya.



5 TAAT KEPADA ALLAH SWT DAN RASUL… wanita yang solehah
itu adalah wanita yang taat kepada Allah dan
Rasul-Nya. Ciri-ciri kemuliaannya bukan diukur dari
beraneka atau mahalnya perhiasan yang digunakan.
Disebabkan itu, wanita solehah akan selalu menjaga
kecantikan dirinya agar tidak menjadi fitnah bagi
orang lain.



6 TIDAK KECEWA DAN SAKIT HATI… biarpun pada ketika
fizikalnya terbatas, seorang wanita solehah tidak
pernah merasa kecewa dan sakit hati. Malah dia semakin
yakin bahawa kekecewaan adalah sebahagian dari sikap
kufur nikmat. Wanita solehah sentiasa bersyukur walau
dalam keadaan dirinya yang terbatas. Peribadinya
begitu indah sehingga cahaya kemuliaannya terpancar
dari raut wajahnya. Bahkan, kalaupun dia tidak
mengenakan mekap nipis, kecantikan jiwanya tetap juga
terpancar dan menyejukkan hati setiap orang
berhampirannya. Ini kerana dia sentiasa yakin bahawa
akan kurniaan Allah pada setiap hamba-Nya. Semakin dia
menjaga kehormatan diri dan keluarganya, semakin Allah
mengurniakan yang terbaik baginya di dunia dan
akhirat.



7 MENUNTUT ILMU… wanita solehah banyak belajar dari
lingkungan sekitar dan orang-orang yand ditemuinya.
Wanita solehah cenderung membuka hati mereka dalam
menerima ilmu.



8 KETURUNAN… kemunculan seorang wanita solehah mungkin
disebabkan keturunan. Sukar untuk membayangkan,
seorang wanita solehah yang wujud tanpa melalui proses
pembesaran dan tumbesaran penuh keimanan sebagaimana
didikan yang diterimanya dari keluarga sejak sekian
lama. Factor keturunan nyata memainkan peranan. Begitu
juga dengan pola pendidikan, lingkungan, keteladanan
dan lain-lain.

RENUNGKAN BERSAMA....

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia'' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.