Thursday 25 February 2010

SALAM MAULIDUR RASUL


Panjat pokok amik buah rambutan,

Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai ikutan.


kemuliaan peribadi rasulullah s.a.w tiada tandingan kerana baginda mendapat bimbingan secara langsung daripada Allah.Akhlak baginda merupakan akhlak terbaik dan menjadi contoh umat untuk sepanjang zaman. Allah sendiri memuji rasulullah s.a.w dengan mengiktiraf kecemerlangan peribadinya. Firman Allah s.w.t. maksudnya:


"sesungguhnya engkau (Nabi Muhammad) mempunyai budi pekerti (akhlak) yang agung"


Al-Qalam (68):4


Dengan pengiktirafan tersebut, maka layaklah Rasulullah s.a.w menjadi contoh ikutan dan model terbaik kepada seluruh umat manusia. Firman Allah s.w.t. Maksudnya:


"Demi sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik"


Al-Ahzab (33):21

Wednesday 24 February 2010

RAKAN SURAU AL-FALAH

Ustaz Rosli yang menyampaikan sijil dekan




Logo rakan surau

Alhamdulillah, Ya Allah. pejam celik pejam celik dah 6 semester ana terlibat dengan rakan surau. banyak sgt kenangan2 ana bila trlibat gan rakan surau. melalui rakan surau ana telah belajar banyak prkara. dlm rakan surau gak bnyk sgt2 aktiviti yg dijalankan. ramai shbt2 ana drp rakan surau. tp sedih la bla pk ramai kak senior yg telah kuar dr upsi. ada yg dah jd cikgu n ada gak yg bt praktikum. bila la ana leh jumpa mereka lg. rindunya nak jumpa kak nor, kak syalbi, diana, kak rus n kak2 yg len. rakan surau ni banyak unit. sem ni ana dibawah unit akademik n kerjaya. sem ni rakan surau telah mengadakan malam simfoni menara gading rakan surau al-falah. unit ana turut trlibat gan majlis ni.rasanya inilah majlis yg prtama kalinya rakan surau adakan tuk menghargai ahli2 rakan surau yg mndapat senarai dekan dlm peperiksaan sem lepas. ramai sgt ahli rkn surau yg dpt dekan. pandai ahli2 rakan surau wlupun sibuk gan bnyak aktiviti dibwh rakan surau. Ini ana letakkan gambar2 pd hari majlis trsebut. gambar ana tak ada ek. masa ni ana sdg sibuk siapkn makanan tuk vip. tak sempat nak brgambar lak. kamera pun lupa bwa.bila lak ek rakan muslim super akan diadakan, baju rakan surau bila dpt ek, baju batik lg ke?

Monday 22 February 2010

SUKARNYA DUGAANMU....


Ya Allah, besarnya dugaan yg engkau berikan kpd ku ini. Ya Allah berilah aku ketabahan tuk menghadapi segala ujian n dugaanmu ini.

Thursday 4 February 2010

PROGRAM EVOLUSI DIRI "CAYOK" PART 1


Apabila kamu ingin meminta hendaklah meminta kepada Allah dan apabila kamu inginkan pertolongan, hendaklah memohon pertolongan itu dengan Allah.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya gak dpt sekolah. punya la susah nak dpt sekolah sblm nie nk bt program.ana brsama dgn 9 org lg shbt2 ana brsusah payah tuk mncari sekolah bg melaksanakan tugasan brkumpulan bg kursus pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.kini ana sgt brsyukur krn Allah telah memprmudahkan urusan ana wa shbt2 ana. InsyaAllah, esk ana gan shbt2 akan brkampung selama 3 hari di sekolah tersebut. sekolah tersebut ialah Sekolah Agama Menengah Tinggi, Kuala Kubu Bharu. Selangor. Ana tak penah bt progrm atau join progrm kat sekolah agama. ana kan sekolah menengah biasa ja cuma prsonaliti ana ja mcm sekolah agama. mesti ramai yg trtanya apa tu " cayok" kan, progrm apa yg bakal ana wa shbt2 ana nk laksanakan di sana kan..... klau nk tahu nantikn sambungkanny nanti. Ana mnghrapkan agar progrm ini akan brjalan gan lancar tanpa ada sebarang masalah. InsyaAllah, tuk program trsebut ana akan handle modul pengurusan masa. ana nak bt yg trbaik. ana nk try jd kaunselor satria sebagaimana pensyarah ana iaitu En. Aziz Yatim bgtau. Alhamdulillah, bnyk input brguna ana prolehi sms mngikuti TOT dulu. K la tu smbungnya nnti................

Tuesday 2 February 2010

Segalanya milikmu.....


Kecewa, sedih, gembira, tenang, muram, gelisah, takut adalah perasaan yang pastinya akan dialami oleh setiap manusia. perasaan-perasaan ini adalah lumrah kehidupan kita. kadang-kadang kita sedih, kadang-kadang kita gembira.apabila Allah menguji kita dengan ujian dan dugaan barulah kita akan merasai inilah asam garam hidup didunia. barulah kita akan mengabdikan diri kepada Allah. pada saat inilah kita merasakan Allah sajalah segala-galanya dalam hidup kita. hanya Allah saja yang memahami kita. hanya Allah saja tempat kita mengadu. hanya Allah saja teman hidup kita suka dan duka. Apabila kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dikala suka atau duka, barulah kita akan merasai bahawa Allah saja adalah segala-galanya bagi kita. Hidup kita tidak akan bermakna kalau Allah kita lupakan. Hidup kita tidak tentu arah kalau Allah tidak dijadikan matlamat hidup kita. Andai kita kecewa, andai kita sedih, andai kita gembira, andai kita takut, Allah saja teman hidup kita. kita akan merasai kesunyian dan kehilangan andai Allah, kita tidak ingati. Marilah kita kembali kepada Allah dengan mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala larangan.Semoga kita suma akan menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.Amin.