Thursday 25 February 2010

SALAM MAULIDUR RASUL


Panjat pokok amik buah rambutan,

Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai ikutan.


kemuliaan peribadi rasulullah s.a.w tiada tandingan kerana baginda mendapat bimbingan secara langsung daripada Allah.Akhlak baginda merupakan akhlak terbaik dan menjadi contoh umat untuk sepanjang zaman. Allah sendiri memuji rasulullah s.a.w dengan mengiktiraf kecemerlangan peribadinya. Firman Allah s.w.t. maksudnya:


"sesungguhnya engkau (Nabi Muhammad) mempunyai budi pekerti (akhlak) yang agung"


Al-Qalam (68):4


Dengan pengiktirafan tersebut, maka layaklah Rasulullah s.a.w menjadi contoh ikutan dan model terbaik kepada seluruh umat manusia. Firman Allah s.w.t. Maksudnya:


"Demi sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik"


Al-Ahzab (33):21

No comments:

Post a Comment